Thursday, January 8, 2015

Memories..its hurt me..

Salam utk semua..moga tahun ini lebih baik dari tahun lepas..moga kita perbetulkan apa yang salah semperna tahun baru 2015..aku bukan bercerita tentang azam..sebab aku tak ada azam untuk tahun ni..cuma harapan yang aku boleh menjadi seorang insan yang lebih baik..bagi aku tahun 2014 meninggalkan banyak memori..ada yang indah,ada yang aku rasa macam nak delete jer memori dari cpu otak ni..tahun 2014 banyak beri aku pengajaran supaya lebih tabah,sedia memaafkan dan bersyukur dengan apa yang ada..ya lah kita bukan manusia yang sempurna..banyak kekurangannya jikalau aku ada menyakiti hati kalian,maafkan lah aku yang hina ni..hermmm..sebenarnya niat dihati untuk meluahkan segala yang terbuku tapi aku tak nak mengaibkan mana-mana pihak namun aku share kisah ini sebagai pengajaran untuk semua terutama diri aku sendiri.

kalau korang hayati lirik lagu apa khabar nyanyian Joe Flizzow membuat korang teringat orang yang dah lama kita tak hubungi..orang yang dulu pernah susah senang dengan kita tetapi membawa haluan masing2 tika ini..
Entry kali ini amat bermakna bagi aku..kerana setelah 6 bulan lebih aku memendam perasaan..perasaan sangat2 bersalah..malah aku sering berfikir mengapa aku berperangai sebegitu kepada orang yang paling banyak mengajar aku erti hidup dikala aku jauh dari keluarga..dialah keluarga aku..dialah adik beradik aku..dialah teman..dialah sahabat..dialah roommate..dialah teman menangis..teman ketawa..okeyyyy...tears already drops..T_T semperna tahun baru ini harapan aku cuma satu,iaitu perbetulkan kesalahan aku..mungkin korang tertanya..kesalahan apa yang aku dah buat..macam berat jer story..mungkin bagi korang perkara ni sering berlaku tapi bagi aku ini adalah pertama kali..bukan yang kedua kali sebenarnya tapi kali ni aku rasa ia adalah sejarah hidup yang aku tak akan lupa sampai mati..selama 22 tahun aku hidup aku sering melukakan hati orang yang paling aku sayang..

bersaksikan semua yang membaca entry ini..aku ingin membuat pengakuan yang aku telah melukakan hati seorang teman dengan sikap tak semenggah aku..to her..I'M REALLY SORRY :( aku tahu aku tak layak dimaafkan setelah apa yang aku buat dekat engkau..bukan sekali tapi dua kali aku menyakiti engkau wahai sahabat..aku sangat rindu dengan kenangan kita..kita share sama2..aku minat korea engkau minat novel..beza kita..kita share sama2..ingat tak lagi bila kita tengok running man sama2 sambil makan..kita tergelak terbahak2 atas katil single..dekat kelas kalau engkau tido aku pun tido (in fact aku yang banyak tido) ..kemana saja kita berdua..tika kau menangis kerana lelaki..kau share story dengan aku sebab bestfriend kau jauh..saat kau layan perangai aku yang gila2 sambil nyanyi lagu korea..mesti kau ingat lagi kejadian hari tu..ya..aku seorang yang ego..aku tak pandai nak luahkan perasaan dan akhirnya aku pendam rasa..aku akui aku jealous dengan keramahan engkau..tpi disebalik semua tu masa kejadian tu hanya Tuhan saja yang tahu betapa terlukanya hati aku bila kau menangis sebab aku..kita bergaduh sebab perkara yang remeh..masa kejadian aku sebenarnya nak mintak maaf dekat engkau dulu tapi aku takut nak luahkan sebab tu aku distract diri aku dengan tengok cerita..aku tak tahu jika engkau dah baca surat yang aku bagi dan video yang buat khas untuk engkau semperna perpisahan kita sebagai roommate..

Ya Tuhan..kuatkanlah hati ku ini menempuh dugaanmu dan jauhkanlah aku dari hasutan syaitan yang direjam....

Bila kita dah masuk kealam pekerjaan baru aku sedar betapa aku sebenarnya tak kuat sebab tak ada orang yang nak dengar luahan..penat lelah lepas balik kerja..aku minta maaf kawan kerana tak boleh menjadi sahabat yang baik..aku tak boleh menjadi orang lain tapi aku akan cuba menjadi yang lebih baik walaupun kita berjumpa tapi kita berlagak seperti stranger..tak apa kalau engkau tidak tegur sebab aku tahu engkau ok..
segala kenangan kita sentiasa dalam hati..segala pesan kau sentiasa aku ingat..terima kasih kerana menjaga aku tika aku sakit..terima kasih kerana share makanan...terima kasih kerana menjadi rommate aku selama 2 tahun setengah..maafkan aku dari hujung rambut hingga hujung kaki..ingatlah aku tak pernah lupa pada engkau meski engkau benci dekat aku sekali pun..maafkan aku wahai teman..

the other me



Post a Comment